GBP/USD Boleh Jatuh Hingga 1,200 Pip Jika UK Tak Mendapat Perjanjian – Penganalisis

2,000

Jika UK tidak mendapat perjanjian daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam rundingan Brexit, ia berpotensi menyebabkan kejatuhan sehingga 10% (1,200 pip) terhadap pasangan matawang GBP/USD, menurut penganalisis matawang Thanos Vamvakidis.

“Jika UK tidak mendapat perjanjian, Sterling boleh melemah sehingga 10% atau lebih daripada itu,” demikian kata Thanos penganalisis di Bank of America Merrill Lynch. Sebaliknya, jika UK mendapat perjanjian, GBP boleh meningkat 10%.

Beliau satu-satunya daripada beberapa penganalisis yang menjangka kejatuhan besar itu jika UK gagal mendapat perjanjian.

Seorang lagi penganalisis, Valentin Marinov ketua tukaran matawang di Credit Agricole berkata, “GBP/USD berkemungkinan jatuh sehingga 1.20 jika tiada perjanjian UK-EU.” Beliau juga menjangka cable akan naik sehingga 1.39 jika situasi sebaliknya berlaku.

Kejatuhan matawang GBP sejak hari Isnin adalah disebabkan komen Menteri Perdagangan Antarabangsa UK, Liam Fox yang berkata kemungkinan UK tidak mendapat perjanjian adalah lebih besar iaitu dengan kebarangkalian 60%. Sudah tentu ia memberi kesan kepada GBP dengan rundingan kedua belah pihak masih tidak menentu.

Jane Foley seorang lagi penganalisis di Rabobank berkata, “Sejak penetapan kadar faedah Bank of England, kita tahu kelemahan GBP lebih disebabkan oleh faktor politik.”

“Sterling boleh jatuh agak teruk,” jika tiada perjanjian, tambah beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat