GBP/USD Boleh Melonjak Balik Ke?

398

Walaupun US dolar berjaya mengukuh berbanding beberapa mata wang utama yang lain di awal minggu, namun Pound Sterling dilihat berjaya bertahan daripada terus mengalami penurunan nilai.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat lebih mendatar berbanding carta harga pasangan mata wang yang lain yang kecundang terhadap pengukuhan US dolar.

Hal ini adalah berikutan ucapan oleh Gabenor bank pusat England (BOE), Andrew Bailey semalam yang dilihat positif walaupun tidaklah begitu meyakinkan pelabur untuk melonjakkkan nilai Pound.

Beliau optimis terhadap perkembangan ekonomi UK namun masih berhati-hati terhadap faktor-faktor yang memberi tekanan. Dengan ini masih dapat menyokong nilai Pound dari terus alami kejatuhan.

Pada carta GBP/USD semalam, harga mendatar di bawah zon 1.38500 namun tidak meneruskan penurunan melepasi 1.38000.

Bersambung di sesi Asia pada Selasa, harga dilihat masih menguji zon SBR (support become resistance) dengan kenaikan harga turut menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Jika Pound kembali meraih keyakinan para pelabur dan nilai terus meningkat semula, kenaikan harga akan dijangkakan menuju semula ke paras rintangan 1.4000.

Kenaikan lebih tinggi akan kembali menguji paras tumpuan terdahulu seperti paras SBR 1.41000 dan paras rintangan 1.42000.

Sebaliknya jika US dolar berjaya menekan harga lebih rendah, harga bakal jatuh sehingga mencecah ke zon support 1.37000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat