GBP/USD Capai Paras Tertinggi Dua Bulan Lalu – Ini Sentimen Semasa Pound Sterling

723

Pair GBP/USD kini berada di paras tertinggi tujuh minggu yang lalu dalam persekitaran pasaran yang berisiko. US Dolar kini dihentam oleh sentimen politik dan ketakpastian perdagangan yang dicetuskan sendiri oleh Presiden Trump.

US dollar menjunam berbanding matawang GBP dan juga kebanyakan matawang utama yang lain. Rasanya, tidak perlu kita bincangkan dengan panjang lebar tentang situasi terkini sentimen pasaran, kerana kami akui ramai yang maklum dengan PERANG PERDAGANGAN sejak daripada minggu lalu lagi.

Dengan kelemahan matawang US dollar, Sterling dilihat cuba mengambil kesempatan atas kelemahan matawang greenback. Tetapi bukanlah GBP mengambil kesempatan membuat kenaikan begitu sahaja tanpa sebarang sebab yang munasabah. Ia sememangnya bersebab, iaitu ada sebab daripada pergerakan menaik GBP/USD itu sendiri pada ketika ini. Bukan hanya kepada GBP/USD sahaja, tetapi pergerakan semua pair di dunia ini bersebab dan ada penggerak dari segi fundamental atau pun sentimen.

Antara sebab yang menyokong kenaikan matawang GBP hari ini adalah tindakan Parti Buruh yang mengemukakan pindaan terhadap ‘EU Withdrawal Bill’ yang memerlukan persetujuan parlimen UK terhadap rundingan Brexit.

Apa kesan tindakan parti buruh UK ini? Berita itu yang mengemukakan pindaan terhadap Withdrawal Bill adalah bertujuan untuk mengelakkan Britain daripada Hard Brexit. Hard Brexit di sini adalah bermaksud ‘situasi di mana Britain tidak mendapat perjanjian yang menguntungkan atau tidak mendapat perjanjian langsung daripada EU’ yang mana akan menyebabkan ekonomi UK dalam bahaya.

Matawang GBP adalah matawang kedua terkuat di belakang CAD pada minggu lalu sekaligus merekodkan kenaikan tiga minggu berturut-turut. Antara sebab utama kepada kenaikan matawang GBP minggu lalu adalah berita positif terhadap rundingan UK-EU khususnya dalam ‘TEMPOH PERALIHAN’ dan juga komen oleh pegawai tinggi EU (Kesatuan Eropah) Donald Tusk bahawa 27 negara EU telah menyediakan garis panduan hubungan UK-EU di masa hadapan.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat