GBP/USD Capai Pucuk Tertinggi Untuk Tempoh 3 Tahun!

613

Berbeza berbanding mata wang Euro yang bergerak perlahan, Pound Sterling nyata menyerlah pada dagangan awal minggu apabila melonjak kukuh berbanding US dolar ke paras tertinggi untuk tempoh hampir 3 tahun.

Sentimen pasaran yang kekal positif memberi tekanan terhadap US dolar dan dalam masa yang sama dimanfaatkan oleh Pound untuk melonjak seperti yang dipaparkan pada carta harga pasangan GBP/USD.

Selepas menguji zon resistance 1.38300-1.38600 pada minggu lalu, harga mengekalkan momentum pengukuhan untuk meningkat lebih tinggi dan sehingga dagangan di sesi Asia pada Selasa, harga telah mencapai paras ketinggian 1.39500.

Sementara perkembangan di UK, angka jangkitan virus dilaporkan turun di bawah paras 10,000 sehari sejak Oktober lalu dan sekitar 15 juta orang telah menerima vaksin.

Selepas keputusan mesyuarat bank of England (BOE) yang bernada hawkish sebelum ini, sentimen positif di UK juga akan terus mendorong pengukuhan Pound.

Dengan momentum yang dipamerkan, harga pada carta GBP/USD dijangka akan meneruskan kenaikan menuju ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.4000.

Namun begitu, pelabur perlu berwaspada untuk situasi kejatuhan semula harga sekiranya berlaku perubahan pada sentimen pasaran semasa.

Penurunan harga dilihat akan disokong pada zon harga 1.38600-1.38300 yang bertindak sebagai zon RBS (resistance become support).

Seterusnya, zon RBS lebih rendah pada 1.37000 akan menjadi tumpuan pada penurunan yang diteruskan.

Pelabur akan memberi tumpuan terhadap laporan data inflasi UK pada Khamis yang bakal mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat