GBP/USD Catat 170 PIPS Lonjakan Setelah Dolar USD Mengalami Kejatuhan Nilai

1,140

Matawang dolar USD mengalami kejatuhan nilai pada dagangan semalam berbanding matawang utama yang lain selepas pelabur mula melepaskan posisi dagangan terhadap matawang safe-haven berikutan optimis terhadap rundingan dagang terbaru antara Amerika Syarikat dan China yang dilihat akan menyelesaikan konflik yang berlaku.

Jika situasi ini berterusan, dagangan USD akan terus berisiko ekoran tumpuan pelabur akan terarah pula kepada minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Faktor positif pada perkembangan rundingan dagang yang melemahkan matawang USD diambil kesempatan oleh EURO untuk mengukuhkan nilainya. Sebelum itu, EURO terkesan selepas data pesanan perindustrian di Itali mencatatkan kejatuhan 5.3% pada Disember lalu.

Para penggubal undang-undang European Central Bank (ECB) akan bertemu pada 7 Mac ini dan mereka dijangka akan menurunkan unjuran pertumbuhan dan inflasi dan berkemungkinan akan memberi kesan terhadap dagangan EURO.

Pound Sterling mula melonjak pada dagangan semalam dan mencatatkan 170 pips kenaikan berbanding dolar USD. Pelabur optimis melihat usaha Perdana Menteri Britain, Theresa May dalam perkembangan rundingan Brexit bersama Kesatuan Eropah, namun penganalisis turut keliru untuk menjelaskan saiz pergerakan Sterling yang agak agresif.

Lonjakan dagangan Sterling semalam merupakan kenaikan tertinggi dagangan harian sejak Januari lalu. Di samping pengukuhan Sterling, faktor kejatuhan nilai USD turut menyokong kenaikan harga yang ketara pada GBP/USD semalam.

Matawang komoditi dolar AUD dan NZD turut mendapat kelebihan dalam situasi pasaran risk-on. Masing-masing menunjukkan kenaikan pada nilai dagangan pada sesi pasaran New York semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat