GBP/USD Cecah Semula Zon Support $1.1800 Yang Diuji Pada Julai

179

US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan dalam pasaran pada sesi dagangan awal minggu memberi tekanan kepada mata wang utama yang lain.

Indeks dolar dilihat berjaya menyentuh paras 109, menutup paras tertinggi sejak September 2002, apabila pelabur meningkatkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan meneruskan pengetatan agresifnya untuk menjinakkan inflasi yang tinggi.

Fed dijangkakan bakal membuat kenaikan sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat bulan September disebabkan oleh sebanyak 54.5% menyokong Fed untuk membuat kenaikan kadar yang agresif buat kali ketiganya.

Selain itu, Presiden Fed St. Louis James Bullard adalah antara pembuat dasar yang paling bernada hawkish minggu lalu, untuk Fed mengulangi hasrat meneruskan pengetatan dasar monetari.

Namun pelabur juga berwaspada untuk jangkaan untuk pilihan Fed memperlahankan kenaikan kadar faedah yang boleh mendorong perubahan semula arah US dolar dalam pasaran.

Dilihat pelabur juga menantikan terbitan data pembuatan dan perkhidmatan (PMI) Amerika Syarikat (AS) yang masih diramalkan suram walaupun sektor pekerjaan di inflasi di AS semakin menunjukkan pemulihan.

Sementara mata wang Pound pula, pelabur turut menantikan terbitan data pembuatan dan perkhidmatan UK (PMI) pada sesi dagangan Eropah hari ini Selasa bagi mengukur perkembangan semasa ekonomi UK setelah inflasi yang mencanak naik.

Memantau pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada awal minggu sesi dagangan Isnin semalam, harga dilihat bergerak mendatar di atas paras sokongan 1.18000 dari sesi Asia sehingga ke sesi dagangan Eropah.

Namun pada sesi New York, harga dilihat telah berjaya menembusi paras tersebut dan menyusut sehingga ke paras 1.17600 yang merupakan paras terendah yang dicecah pada Julai lalu dengan penurunan harian sekitar 100 pips dicatatkan semalam.

Bersambung pada sesi dagangan Asia pagi ini, harga dilihat bergerak mendatar diatas paras harga 1.17600 semula namun masih berada di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga GBP/USD untuk isyarat pergerakan trend bearish.

Sekiranya harga mengekalkan momentum penyusutan tersebut dan turun semula di bawah paras 1.17600, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun sejak 2020 dengan sasaran seterusnya adalah untuk menuju sekitar 1.16000.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat lantunan semula, harga bakal cuba untuk melepasi paras 1.18000 sebelum menembusi pula halangan MA50 untuk isyarat awal bagi perubahan trend bullish.

Sekiranya kenaikan diteruskan, paras-paras tumpuan sebelum ini seperti sekitar 1.18800 dan 1.19400 akan menjadi rintangan untuk diuji harga sebelum menyambung kenaikan ke paras lebih tinggi semula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat