GBP/USD Cuba Teruskan Kenaikan, Namun Pergerakan Harga Masih ‘Lemau’

204

US dolar didagangkan mendatar pada pertengahan minggu ini sementara pelabur kini sedang menantikan pula ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres pada sesi New York sebentar lagi.

US dolar dilihat sedikit menguat pada sesi Asia pagi ini (Rabu) menyambung pengukuhan awal yang tercetus pada sesi sebelumnya berkemungkinan tumpuan pelabur mula terarah kepada pengetatan polisi monetari Fed dengan jangkaan beberapa lagi kenaikan kadar faedah berterusan sehingga mesyuarat penghujung tahun.

Bagi mata wang Pound pula, dijangkakan berlakunya sedikit peningkatan pada bacaan data inflasi tahunan UK untuk bulai Mei yang akan diterbitkan pada  awal sesi Eropah sebentar lagi dengan jangkaan meningkat kepada 9.1% berbanding pada bulan sebelum ini pada 9.0%.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Pengarah Eksekutif Analisis Monetari Huw Pill Bank Of England (BOE) menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bertindak berdasarkan kesan tekanan harga yang berterusan.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan corak kenaikan harga sejak pembukaan awal minggu namun masih pada momentum yang perlahan.

Kenaikan harga sehingga dagangan Selasa semalam melihatkan harga menguji zon rintangan pada 1.23000 namun gagal untuk mengekalkan kenaikan lebih tinggi sebelum susut semula di bawah zon tersebut pada dagangan sesi New York.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu), penurunan harga dilihat telah menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang boleh mencetuskan jangkaan awal bagi corak perubahan trend yang bakal berlaku pada carta harga GBP/USD tersebut.

Sekiranya harga berjaya menyambung penurunan hari ini, harga bakal menyusut di bawah zon 1.22000 dan seterusnya akan menjangkakan penurunan lanjut menuju ke paras sekitar 1.21000 dahulu sebelum kembali mencecah hingga zon support 1.20000 untuk memaparkan pergerakan bearish.

Sebaliknya jika harga berjaya meneruskan kenaikan pula, dilihat harga akan cuba melepasi semula rintangan pada 1.23000 sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi menuju ke zon rintangan 1.24000 pula.

Zon tersebut telah dicapai pada minggu lalu susulan lonjakan harga dengan pengukuhan Pound yang menerima reaksi positif pada keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE).

Terbitan data inflasi UK pada awal sesi Eropah sebentar lagi dijangka akan memacu pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta harga GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat