GBP/USD Cuba Untuk Tembus Paras $1.2700 Namun Gagal!

99

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan corak kenaikan pada pembukaan awal minggu.

Namun, kenaikan harga itu tidak berjaya diteruskan pada dagangan Selasa semalam susulan pengukuhan semula yang berlaku ke atas mata wang US dolar.

Situasi adalah didorong oleh reaksi pasaran terhadap kenyataan terbaru oleh beberapa ahli Federal Reserve (Fed) dengan nada yang hawkish.

Dengan petunjuk untuk dasar monetari Fed yang akan terus dikekalkan telah memberi sokongan terhadap US dolar untuk menyambung semula momentum pengukuhan minggu lalu.

Pada carta GBP/USD, harga telah memaparkan kenaikan di awal minggu untuk pulih semula dari kejatuhan ketara minggu lalu.

Namun, kenaikan harga gagal melepasi paras rintangan 1.27000 yang diuji pada Selasa semalam yang diterhadkan oleh situasi pengukuhan semula US dolar.

Pun begitu, harga yang masih berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi harapan untuk kenaikan harga masih boleh berlaku.

Harga perlu melepasi rintangan 1.27000 untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Jika itu berlaku, paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.27400 berkemungkinan mampu untuk diatasi sebelum menuju zon tumpuan pada 1.28000.

Sebaliknya jika menjunam semula selepas gagal melepasi zon 1.27000, paras yang dicecah pada penutup minggu lalu dilihat akan menjadi tumpuan semula, iaitu paras sekitar 1.26200.

Seterusnya, zon 1.26000 menjadi sasaran sebagai zon penting untuk penurunan harga ke paras terendah terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat