GBP/USD Dah Lepasi $1.2700, Ke Mana Pula Harga Nak Tuju?

110

Pound memanfaatkan ruang untuk sedikit mengukuh berbanding US dolar yang masih suram pada dagangan Selasa semalam berikutan pasaran Amerika Syarikat (AS) yang ditutup.

Namun peningkatan tidak begitu ketara dengan kenaikan harian sekitar 50 pips sahaja dipaparkan pada pergerakan di carta pasangan mata wang GBP/USD semalam.

Pelabur kini tambah berwaspada menantikan minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi Khamis di samping beberapa data-data ekonomi penting AS di sesi New York esok hari sebelum tumpuan beralih pada laporan pekerjaan NFP AS di penghujung minggu.

Pergerakan harga di carta GBP/USD masih memberi isyarat bullish dengan harga meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Harga yang meningkat semalam telah berjaya melepasi paras 1.27000 dan mencapai ketinggian sekitar 1.27400 selepas sedikit melepasi paras dicapai penghujung minggu lalu.

Namun menutup dagangan sesi New York, harga kembali beransur turun semula ke paras 1.27000 dan harga mendatar perlahan di atas paras itu pada dagangan awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

Sekiranya corak kenaikan masih akan dipaparkan lagi hari ini, paras ketinggian semalam berkemungkinan mampu diatasi sebelum harga catatkan paras ketinggian yang baru.

Sasaran adalah untuk mencapai ketinggian 1.28400 yang merupakan rintangan harga diuji pada minggu-minggu sebelum ini.

Jika harga berjaya naik melepasi paras itu, harga akan catatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2022.

Namun jika harga sebaliknya menjunam, harga yang bergerak di bawah 1.27000 dilihat akan kembali menuju paras sokongan pada 1.26000.

Jika harga tembus lebih rendah melepasi 1.26000, harga akan melanjutkan penurunan ke paras 1.25000 yang merupakan paras tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat