GBP/USD Dijangka Melambung Lagi?

592

Mata wang Pound Sterling gah mencatatkan pengukuhan nilai tertinggi sejak April 2018 berbanding US dolar dengan siri kenaikan harga yang berjaya dikekalkan beberapa minggu lalu pada carta pasangan GBP/USD.

Dengan perkembangan vaksin yang baik di UK, pelabur akan memberi tumpuan terhadap perancangan Perdana Menteri Boris Johnson hari ini berkenaan arahan sekatan pergerakan yang dijangka akan dilonggarkan.

Sentimen positif di UK akan terus memperkukuhkan lagi dagangan Pound pada minggu ini dan terus memburu rekod tertinggi untuk tempoh 3 tahun.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta GBP/USD, kenaikan diteruskan pada pembukaan pasaran minggu ini dan harga mencatatkan paras tertinggi terbaru di sesi Asia ke paras sekitar 1.40500.

Namun begitu, momentum pergerakan harga masih perlahan dan harga dilihat sedikit susut menuju ke paras 1.40000 yang akan menjadi paras sokongan harga.

Kenaikan harga berkemungkinan akan diteruskan ke paras lebih tinggi minggu ini menuju paras 1.41000 atau lebih tinggi ke paras 1.42000.

Walau bagaimanapun, pelabur tetap perlu berwaspada untuk situasi penurunan harga sekiranya Pound kembali mengalami penyusutan ataupun US dolar yang kembali mengukuh.

Penurunan harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga akan memberi isyarat awal perubahan trend bearish.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1.38300 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat