GBP/USD Dijangka Susut Lebih Rendah Menjelang Mesyuarat BOE?

434

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD susut pada dagangan Selasa setelah lonjakan awal minggu menjangkakan peningkatan lebih tinggi harga.

Namun, US dolar yang mengukuh didorong oleh faktor penurunan pada saham-saham teknologi di pasaran saham Amerika Syarikat (AS) serta petunjuk oleh Janet Yellen untuk peningkatan kadar faedah di AS, telah menghalang kenaikan harga.

Pelabur berwaspada untuk pergerakan Pound pada minggu ini menjelang mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) yang dijangka akan memberi impak besar dalam pasaran.

Sementara itu juga, isu Brexit kembali membayangi mata wang Pound dengan laporan terbaru kerajaan Perancis menolak peraturan perairan Britain yang memberi tekanan kepada nelayan-nelayan Perancis.

Ketidaktentuan Brexit yang masih berlanjutan akan terus menjadi penghalang buat mata wang Pound untuk terus mengukuh.

Namun pada sesi Asia pagi Rabu, Pound dilihat kembali bergerak lebih kukuh berbanding US dolar.

Harga pada carta GBP/USD bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat harga akan meneruskan trend kenaikan.

Harga menuju paras 1.39200 menguji rintangan yang diuji pada Isnin lalu dan pelabur akan meneliti reaksi harga sama ada harga akan meneruskan kenaikan atau sebaliknya.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, zon rintangan pada 1.4000 akan kembali menjadi sasaran kenaikan semula harga.

Namun, dengan situasi pengukuhan US dolar dan Pound yang berisiko, harga berkemungkinan akan jatuh semula menuju zon RBS (resistance become support) 1.38000.

Penurunan lebih rendah seterusnya akan menuju pula ke zon support pada dagangan Mac dan April lalu pada 1.37000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat