GBP/USD Dijangka Terus Menurun Dengan Situasi Tegang Di UK

687

Selepas perdebatan di Dewan Rakyat pada Isnin, dilaporkan bahawa kerajaan UK telah berjaya memenangi undian awal terhadap cadangan rang undang-undang pasaran dalaman yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Boris Johnson untuk mengubah perjanjian Brexit.

Namun, rang undang-undang ini tidak disenangi oleh Kesatuan Eropah (EU) yang menyifatkan UK mencemari perjanjian Brexit dan akan menimbulkan banyak permasalahan pada masa akan datang.

Mantan Perdana Menteri UK, David Cameron dan Theresa May turut memberi amaran bahawa pelaksanaan Internal Market Bill tersebut akan merosakkan reputasi global UK.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga dilihat membuat kenaikan pada sesi Eropah berikutan US dolar bergerak lemah dengan pemulihan semula sentimen pasaran.

Namun kenaikan hanya menguji paras 1.29000 di zon SBR (support become resistance) sebelum membuat penurunan semula di sesi New York.

Harga kembali turun di bawah paras 1.28500 dengan harga bergerak di sekitar paras tersebut pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini selepas gagal melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Dengan jangkaan kebimbangan terhadap keputusan UK serta keretakan hubungan bersama EU, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan menuju semula zon support pada 1.27600.

Penurunan lebih rendah harga akan menuju zon support sekitar 1.26700-1.26400.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan melepasi zon SBR 1.29000, harga akan menuju ke paras tumpuan pada 1.3000 iaitu pada zon SBR yang lebih tinggi.

Pelabur akan memberi tumpuan pada data pekerjaan UK yang akan diterbitkan di sesi Eropah sementara data ekonomi AS akan diteliti pada sesi New York.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat