GBP/USD Gagal Bertahan, Turut Susut Rendah

387

Ketika US dolar mengukuh pada sesi Eropah semalam, Pound Sterling dilihat masih bertahan daripada terus mengalami kejatuhan nilai.

Lonjakan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) ke paras ketinggian terbaru semalam telah menyokong pengukuhan US dolar berbanding mata wang utama lain dalam pasaran.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta GBP/USD dilihat tidak begitu agresif pada sesi Eropah semalam berbanding Euro yang menyusut lebih rendah.

Menyokong dagangan Pound adalah laporan pembukaan semula ekonomi UK dan juga penurunan pada kes jangkitan yang lebih memberangsangkan berbanding zon Eropah yang lain.

Namun pada sesi New York, Pound gagal bertahan apabila pengukuhan berterusan US dolar berjaya menekan harga lebih rendah sehingga hampir ke paras 1.37000.

Penyusutan semula hasil bon AS melihatkan harga meningkat sedikit sehingga penghujung sesi New York melihatkan harga ditutup sekitar 1.37300.

Harga yang masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan memberi isyarat untuk harga menyambung penurunan pada dagangan hari ini.

Zon support 1.37000 akan diuji sebelum harga yang menjunam lebih rendah dijangka akan menuju ke paras tumpuan seterusnya pada 1.36000.

Sekiranya harga melonjak semula, zon 1.38000 masih lagi menjadi rintangan buat harga sebelum menyambung kenaikan sehingga ke paras rintangan 1.40000 sebelum ini.

Pelabur akan memberi tumpuan pada sesi Eropah hari ini untuk data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk bacaan akhir bagi suku keempat 2020.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat