GBP/USD Gagal Catat Paras Tertinggi Terbaru, Bakal Menjunam?

585

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula susut semula lebih rendah dari zon resistance selepas harga yang menguji paras ketinggian sekitar 1.37500 sejak minggu lalu masih gagal menembusi ke paras lebih tinggi.

Untuk dagangan awal minggu ini, permulaan dagangan di sesi Asia melihatkan harga membuat kenaikan dan menguji sekali lagi rintangan 1.37500 sebelum harga menjunam pada sesi Eropah.

Penurunan harga mula bergerak di bawah paras 1.37000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat awal trend bearish.

Setelah hampir 100 pips penurunan harian dicatatkan sehingga penghujung sesi New York, harga yang menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) kembali pamerkan kenaikan semula.

Paras 1.37000 diuji dan dilihat menjadi halangan sebelum harga dijangka meneruskan penurunan lebih lanjut hari ini.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.36000 sebelum penurunan lebih lanjut mampu mencecah sehingga zon RBS 1.35300 dan paras 1.35000.

Sebaliknya jika berlaku kenaikan semula harga di atas paras 1.37000, zon resistance tersebut kembali diuji semula untuk harga cuba melepasi rintangan sejak beberapa minggu itu.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju paras ketinggian sekitar 1.38300 untuk harga merekodkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.

Pelabur buat masa ini lebih berwaspada sementara menantikan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada Khamis ini.

Keputusan mesyuarat bank pusat bakal mempengaruhi dagangan Pound Sterling pada penghujung minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat