GBP/USD Gagal Kekalkan Kenaikan Minggu Lalu, Harga Bakal Menjunam?

1,926

Pound Sterling pada minggu ini dilihat diniagakan berisiko dengan pergerakan harga yang tidak menentu pada carta harga utama dengan tekanan krisis wabak COVID-19 yang turut menjejaskan ekonomi UK.

Dengan lonjakan sehingga 27% kadar kematian disebabkan Coronavirus dan juga peningkatan sekitar 14% kes jangkitan, penggubal polisi di UK dilihat bergelut dalam usaha untuk membendung penularan pantas wabak pandemik tersebut.

Bacaan akhir bagi data PMI pembuatan UK yang akan diterbitkan pada petang ini dijangka catat bacaan menurun.

Ekonomi UK dijangka akan terus bergerak perlahan dengan langkah sekatan lebih ketat dilaksanakan bagi rakyatnya untuk memutuskan rantaian penyebaran virus.

Tidak lupa juga Perdana Menteri UK Boris Johnson yang disahkan positif jangkitan virus COVID-19 dan terpaksa menjalani proses kuarantin buat masa ini.

Namun berbanding US dolar, matawang British Pound berjaya menyaingi kekuatan nilainya dengan pergerakan harga lebih mendatar pada awal minggu.

Sebelum ini, harga mengekalkan corak kenaikan harga pada minggu lalu dengan penyusutan nilai US dolar diambil kesempatan oleh GBP untuk menolak harga ke paras lebih tinggi.

Untuk minggu ini, harga bergerak di bawah paras 1.2500 dan di sekitar paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk menilai trend harga semasa.

Penurunan harga pada dagangan semalam sekadar menguji zon RBS (resistance become support) di sekitar paras 1.22400 ketika mini “flash crash” awal sesi Asia sebelum harga membuat kenaikan semula di atas halangan MA50.

Sesi Asia hari ini juga melihatkan harga bergerak mendatar dan mula turun di bawah paras MA50 menjelang sesi pasaran Eropah dengan dagangan Pound kekal lemah berbanding US dolar.

Jika penurunan harga diteruskan, harga akan kembali menguji zon RBS di atas paras 1.2200 sebelum penurunan lebih rendah harga akan menuju zon RBS 1.2000.

Sebaliknya jika kenaikan harga berlaku, paras ketinggian pada dagangan minggu ini sekitar 1.24700 akan diuji sebelum harga cuba melepasi kenaikan di atas paras 1.2500.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat