GBP/USD Jatuh Lagi Ke Paras Terendah Sejak Mac 2020!

230

Mata wang Pound mengalami kejatuhan lebih rendah berbanding US dolar pada pembukaan pasaran awal minggu ini selepas menerima tekanan pengukuhan raja mata wang pada penutup dagangan minggu lalu.

Acara simposium Jackson Hole memberi tumpuan pada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dengan isyarat hawkish untuk bank pusat meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif walaupun terpaksa ‘melukai’ ekonomi.

Ini telah mengundang lonjakan nilai US dolar pada sesi New York Jumaat lalu untuk menambahkan tekanan buat Pound yang bergerak suram beberapa minggu kebelakangan ini.

Jika diteliti pada dagangan Jumaat lalu pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga memaparkan kenaikan dari zon 1.18000 dan menguji rintangan 1.18800.

Namun gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi, pengukuhan US dolar telah mendorong kejatuhan semula harga di bawah paras 1.18000.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD juga memberi indikasi untuk pergerakan bearish.

Harga yang memulakan dagangan pada pembukaan awal minggu ini di paras support minggu lalu sekitar 1.17200, penurunan harga diteruskan lagi sehingga ke paras sekitar 1.16600.

Ini menjadi paras terendah terbaru harga untuk tempoh 2 tahun, iaitu terendah sejak Mac 2020.

Jika diperhatikan, dagangan pada Mac 2020 lalu pernah mencecah sehingga sekitar 1.14000, dan ini mungkin berpotensi menjadi sasaran buat harga pada penurunan yang diteruskan minggu ini.

Sebaliknya jika berlaku kenaikan semula harga, rintangan pada zon 1.18000 bakal diuji sebelum melepasi halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend bullish semula.

Kenaikan yang diteruskan sekali lagi akan menguji rintangan yang gagal dilepasi minggu lalu iaitu pada zon 1.18800.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat