GBP/USD Juga Bakal Menjunam Semula?

869

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula memaparkan trend penurunan menuju dagangan ke penghujung minggu.

Selepas mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir 3 tahun ke paras sekitar 1.39500 pada Selasa lalu, harga mula menunjukkan penurunan semula selepas US dolar kembali menemui rentak pengukuhannya.

Selepas disokong oleh lonjakan pada hasil bon Amerika Syarikat (AS), data jualan runcit AS yang diterbitkan pada sesi New York semalam yang memberangsangkan menambahkan lagi faktor untuk US dolar terus bergerak kukuh.

Pengukuhan US dolar nyata memudarkan momentum kenaikan nilai Pound Sterling sebelum ini dan memberikan isyarat kepada pelabur untuk perubahan trend bearish pada carta GBP/USD.

Data inflasi UK yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam juga gagal merangsang pengukuhan buat mata wang Pound.

Penurunan harga yang dipamerkan dilihat telah kembali semula ke zon RBS (resistance become support) 1.38300. Harga turun mencecah paras tersebut pada sesi New York semalam namun masih belum menembusinya

Pergerakan harga yang bersambung pada dagangan Khamis dilihat perlahan di sesi Asia dan masih berlegar pada zon RBS tersebut.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan selepas harga turun di bawah zon tersebut dan akan menuju zon RBS seterusnya pada 1.37000.

Namun begitu, masih terdapat jangkaan oleh penganalisis bahawa siri kenaikan harga pada carta GBP/USD belum lagi berakhir.

Dengan itu, jika kenaikan harga kembali berlaku, harga bakal mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada minggu ini untuk terus merekodkan paras tertinggi yang baru.

Paras resistance pada 1.40000 akan menjadi destinasi sasaran harga berikutnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat