GBP/USD Kekal ‘Bullish’, Ini Pula Akan Pacu Pergerakan Harga

178

Pound papar peningkatan pada dagangan pembukaan awal minggu semalam yang disokong oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi UK pada awal sesi Eropah.

Bacaan bulanan data Keluaran Dalam Negara Kasar UK menunjukkan pengembangan ekonomi Britain pada 0.2% dari Jun kepada Julai 2022, meningkat dari penguncupan 0.6% pabulan bulan sebelumnya, namun gagal mencapai jangkaan 0.3%.

Justeru, Pound telah berjaya mengukuh sejak sesi Asia semalam sehinggalah data diterbitkan di awal sesi Eropah semalam, namun gagal untuk mengekalkan lonjakan ketika dagangan bersambung ke sesi New York.

Laporan data pekerjaan UK pada sesi Eropah sebentar lagi akan diberikan perhatian sebelum tumpuan pelabur akan beralih pula kepada terbitan data inflasi UK pada Rabu esok hari.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam memulakan dagangan awal minggu dengan peningkatan ke paras ketinggian terbaru 2 minggu, meneruskan corak bullish sejak minggu lalu lagi.

Situasi penyusutan US dolar menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam nanti, turut dimanfaatkan Pound untuk mengukuhkan harga mengatasi rintangan minggu lalu pada 1.16500.

Harga dilihat telah melonjak dari paras 1.16000 mencapai paras ketinggian sekitar 1.17000 di sesi New York sebelum harga mendatar di zon tersebut bersambung pada sesi Asia pagi Selasa ini.

Harga masih bergerak dalam trend bullish, berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Dengan corak kenaikan yang dipaparkan, harga berkemungkinan lebih cenderung untuk menyambung kenaikan lebih tinggi menuju ke zon tumpuan pada 1.17600-1.18000.

Melepasi zon tersebut akan mendorong harga melanjutkan pendakian untuk menguji pula paras rintangan yang diuji pada penghujung Ogos lalu pada 1.18800.

Namun, jika harga mula membuat penurunan semula, waspada dengan pergerakan harga yang susut semula di bawah paras sokongan MA50 dan melepasi 1.16000 yang akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.

Penurunan harga bakal disasarkan semula untuk menuju ke zon support 1.14000 yang telah menjadi tumpuan minggu lalu dengan mencatatkan rekod terendah harga sejak 1985.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat