GBP/USD Kekal Mendatar, Melantun Semula Lepas Cecah $1.2100

132

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih lagi mendatar untuk beberapa hari sejak penghujung minggu lalu lagi.

Harga bergerak dalam julat sekitar 100 pips dengan rintangan adalah pada 1.22000 dan support sekitar 1.21000.

Pound kekal bergerak suram, sementara US dolar dijangka akan terus memacu pergerakan harga. Namun, raja mata wang itu belum memberikan arah pergerakan yang jelas.

Ada reaksi oleh US dolar ketika kejutan mesyuarat bank pusat Jepun (BOJ) di sesi Asia pada Selasa semalam, namun pergerakan harga kemudiannya kembali mendatar semula menyambung sesi-sesi berikutnya.

Penurunan harga pada carta GBP/USD semalam dilihat beberapa kali menguji paras sokongan 1.21000, namun gagal untuk susut lebih rendah apabila berlaku lantunan semula harga.

Harga juga berlegar di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk pelabur menilai isyarat baru pergerakan harga selanjutnya.

Ketika menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu), harga perlahan di bawah zon rintangan 1.22000 yang dilihat bakal terus diuji.

Sekiranya harga berjaya melonjak tinggi menembusi rintangan tersebut, paras tumpuan berikutnya dilihat pada 1.23000 yang bakal diuji setelah pelabur menghadam petunjuk pergerakan bullish harga.

Kenaikan yang dilanjutkan seterusnya akan menghampiri pula rintangan pada zon 1.24000 untuk ketinggian terbaru minggu ini.

Sebaliknya jika harga cenderung untuk menyambung penurunan lebih rendah, paras sokongan 1.21000 sekali lagi akan diuji hari ini.

Jika lantunan harga seperti semalam tidak berlaku, berkemungkinan harga akan susut lebih rendah menuju ke zon 1.20000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat