GBP/USD Kekal Terima Tekanan, Terus Tenggelam Ke Dasar Lautan

402

Tampaknya pergerakan harga pada carta GBP/USD terus menggemparkan pasaran dengan membuat penurunan lebih rendah bagi merekod paras terendah terbaharu sejak Disember 2020 sekitar 1.33000.

Lantaran faktor itu, corak harga diperhatikan masih lagi mengekalkan corak downtrend dengan harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) jika dilihat pada timeframe 1 jam.

Penurunan tersebut secara tidak langsung telah menyambung terjunan 5 minggu berturut-turut meskipun seperti ada petanda awal yang dipersembahkan pada dagangan minggu lalu untuk membuat kenaikan.

Ketidaktentuan mengenai pasca Brexit kembali membelenggu pasaran setelah Perancis dan UK masih gagal mencapai kesepakatan dalam pertelingkahan yang tercetus dalam isu perairan sebelum ini.

Dalam pada itu, matawang USD terus kukuh selepas terbitan data tuntutan pengangguran mencatat bacaan paling rendah sejak 52 tahun serta data GDP Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.

Penerbitan data tersebut seakan bakal menunjukkan sektor buruh di AS yang bertambah baik serta akan mengukuhkan jangkaan untuk melihat bacaan yang memuaskan pada data NFP minggu hadapan.

Keupayaan dalam membuat penurunan lebih drastik akan menyaksikan pergerakan harga menembusi paras sokongan 1.33000 yang dijangka berupaya untuk menjejaki ke zon sokongan terbaharu 1.32000.

Yakni zon sokongan berkenaan pernah menjadi zon tumpuan pada penghujung dagangan 2020 yang mana ia telah pun menyokong lonjakan harga pada carta GBP/USD mencapai paras tertinggi 3 tahun.

Namun jikalau permulaan kenaikan akan memperlihatkan pergerakan harga terlebih dahulu menguji zon SBR (support become resistance) 1.34000 dan sama sekali bakal mengatasi paras halangan MA50.

Langkah lonjakan itu sekali gus akan meningkatkan jangkaan pelabur untuk melihat harga menguji zon SBR 1.35000 sebelum kebarangkalian harga mampu untuk mendaki ke puncak tertinggi yang lebih gah.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat