GBP/USD Kembali Melonjak, Isyarat Awal Untuk Trend Bullish Semula?

542

Jangkaan untuk harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD terus menjunam meleset apabila pelabur menyaksikan kenaikan semula harga pada sesi New York semalam.

Setelah harga menguji paras support 1.36000 untuk 2 hari berturut-turut, harga gagal tembus lebih rendah dan membuat kenaikan semula lebih 100 pips melepasi paras 1.37000.

Kenaikan harga dilihat lebih didorong oleh faktor penyusutan semula US dolar yang dipengaruhi sentimen pasaran yang sedikit pulih walaupun Pound masih didagangkan berisiko.

Kenaikan harga itu juga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga bergerak perlahan di sekitar paras 1.37000 dan dijangka lebih agresif pada sesi Eropah dan New York sebentar lagi.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, zon SBR (support become resistance) 1.38000 dilihat akan menjadi tumpuan untuk diuji harga.

Kenaikan lebih tinggi boleh mencapai semula paras rintangan pada 1.39000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu sebelum ini.

Namun, jika kenaikan hanya pembetulan harga, penurunan semula harga akan kembali menguji support 1.36000.

Penurunan lebih rendah menembusi paras tersebut bakal menuju ke paras support seterusnya pada 1.35000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru sejak Februari.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat