GBP/USD Kembali Mencanak Semula 170 Pips!

195

Us dolar dilihat bergerak lemah di sesi Eropah bersambung ke sesi New York semalam ekoran reaksi pasaran terhadap hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang membuat penurunan di bawah paras 3.00% semula.

Selain daripada itu, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen memberi keterangan mengenai Belanjawan Fiskal Tahunan 2023 berkata ekonomi AS menghadapi cabaran daripada “paras inflasi yang tidak boleh diterima” menyebabkan US dolar sedikit menyusut dari keuntungan yang diraih sebelum ini.

Sementara itu, mata wang Pound kembali pulih selepas keputusan kemenangan undian percaya (confidence vote) yang dilaksanakan telah berpihak kepada Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD dilihat telah membuat penurunan mencecah ke paras 1.2430 sebelum kembali melantun semula di sesi New York.

Pada mulanya, harga membuat penurunan sekitar 100 pips pada sesi Asia, dan kemudiannya melonjak semula 170 pips mencapai ketinggian 1.26000 sehingga dagangan penghujung sesi New York.

Namun kenaikan harga tersebut tidak berjaya melepasi resistance 1.26000 tersebut dan harga berlegar pada zon tersebut sehingga bersambung pada  sesi Asia pagi ini (Rabu).

Sekiranya kenaikan harga diteruskan semula, harga yang melepasi zon 1.26000 bakal menuju ke sasaran ketinggian seterusnya pada 1.27000 untuk harga menguji zon rintangan tersebut.

Untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan, sasaran harga selanjutnya dijangka menuju ke zon resistance 1.27500 pula.

Sebaliknya, jika harga tidak berjaya meneruskan kenaikan di atas zon 1.26000, berkemungkinan harga bakal membuat penurunan semula dan menguji kembali zon 1.25000 sebelum meneruskan penurunan lanjut ke zon tumpuan pada 1.24000.

Untuk penurunan lebih rendah pula, sasaran seterusnya adalah pada 1.22800 untuk harga mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat