GBP/USD Kembali Uji Semula Rintangan $1.4000

426

Pound Sterling pamer prestasi dagangan yang baik pada Khamis semalam apabila berjaya mengekalkan corak kenaikan harga berbanding US dolar sepanjang hari.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD membuat kenaikan bermula dari sesi Asia sehingga dagangan sesi New York menutup dagangan hampir ke paras 1.40000.

Walaupun pada sesi New York menyaksikan situasi pengukuhan US dolar berikutan reaksi pasaran terhadap peningkatan hasil bon AS, mata wang Pound berjaya mengekalkan momentumnya.

US dolar kembali bergerak lemah pada penghujung sesi New York dan sedikit mengukuh semula di awal sesi Asia pada Jumaat.

Harga yang menguji paras rintangan 1.40000 dilihat susut semula apabila harga masih gagal menembusi zon penting tersebut.

Data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK akan diterbitkan pada sesi Eropah dan dijangka akan mempengaruhi pergerakan Pound.

Jika harga berjaya tembusi zon 1.4000, kenaikan lebih tinggi akan menuju zon SBR (support become resistance) 1.41000 untuk mencatatkan paras tertinggi 2 bulan.

Seterusnya paras rintangan utama pada 1.42000 akan kembali menjadi tumpuan semula selepas harga berjaya mencapai paras tertinggi sejak April 2018 itu pada bulan lepas.

Namun, sekiranya harga masih gagal tembusi rintangan 1.4000 dan menjunam semula, zon RBS (resistance become support) 1.38300 dilihat menjadi paras sokongan harga.

Kejatuhan harga lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras support 1.37000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat