GBP/USD Lebih Cenderung Untuk Jatuh Lagi?

499

Mata wang Eropah didagangkan lemah di awal minggu selepas laporan berkenaan program vaksin AstraZeneca yang ditangguhkan sementara susulan kesan darah beku pada penerima vaksin.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tampil untuk menenangkan keadaan dengan memberi jaminan supaya meneruskan program suntikan vaksin AstraZeneza kerana belum terdapat bukti susulan dakwaan masalah kesan sampingan tersebut.

Mata wang Euro dan Pound Sterling dilihat bergerak lemah di awal minggu walaupun program vaksinasi di UK masih lagi diteruskan.

Faktor yang dilihat memberi tekanan kepada Pound Sterling didorong oleh kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi bank pusat England pada Khamis ini.

Bank of England (BOE) dijangka akan mengekalkan kadar faedah semasa namun kenyataan oleh bank pusat akan menjadi petunjuk penting bagi polisi di masa hadapan dan memberi impak terhadap pergerakan Pound.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga masih pamerkan corak penurunan dengan kenaikan terhalang pada paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat harga belum bersedia untuk membuat kenaikan.

Penurunan harga telah kembali semula berlegar di zon sokongan 1.38600-1.38300 sehingga dagangan bersambung pada sesi Asia pagi Selasa.

Jika Pound terus menerima tekanan pada minggu ini, pelabur akan menjangkakan harga jatuh lebih rendah melepasi zon 1.38600-1.38300 sebelum menuju ke zon support 1.3700.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, tumpuan utama adalah pada paras rintangan 1.4000 yang masih belum berjaya ditembusi setelah diuji beberapa kali sejak minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan sehingga ke paras rintangan 1.4100 dan 1.4200.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat