GBP/USD Lonjak 200 Pips, Tapi Boleh Ke Momentum Dikekalkan?

156

Pound Sterling didagangkan positif pada pembukaan pasaran awal minggu semalam setelah kejutan pemecatan Menteri Kewangan UK, Kwasi Kwarteng di hujung minggu lalu telah diredakan dengan pelantikan Jeremy Hunt untuk menggalas jawatan tersebut.

Hunt mengumumkan rancangan kerajaan untuk menghapuskan kebanyakan pelan cukai pada 23 September, bertujuan untuk menstabilkan sistem kewangan di UK.

Dengan situasi penyusutan US dolar ketika sentimen pasaran yang dipulihkan dengan laporan pendapatan korporat, Pound mencatatkan lonjakan nilai ke paras tertinggi 2 minggu.

Namun, pelabur tetap waspada terhadap pergerakan semasa US dolar dengan beberapa faktor yang masih berpotensi mengundang risiko semula dalam pasaran seperti perkembangan serangan Rusia ke atas Ukraine dan penularan coronavirus di China.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga memulakan dagangan awal minggu pada Isnin semalam dengan mencatatkan kenaikan harian lebih 200 pips dari paras sekitar 1.22000.

Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut kekal menunjukkan isyarat bullish sebelum kenaikan harga telah mencapai paras ketinggian 1.14400.

Namun menutup dagangan di penghujung sesi New York, harga mula berundur sedikit ke sekitar 1.13500.

Pergerakan harga pada hari ini (Selasa) sehingga setakat awal sesi Eropah dilihat sedikit suram dengan pemain pasaran berwaspada terhadap jangkaan perubahan pada sentimen pasaran.

Sekiranya kenaikan harga masih berjaya diteruskan, rintangan yang bakal diuji harga adalah pada zon 1.15000 yang turut menjadi tumpuan pada dagangan awal Oktober lalu.

Berjaya menembusi zon berikut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu dengan sasaran kenaikan lebih tinggi adalah menuju zon 1.16000.

Sebaliknya jika harga mula paparkan corak penurunan semula, paras 1.13000 akan diuji dan penurunan yang melepasi bawah paras sokongan MA50 akan mencetuskan jangkaan perubahan trend bearish buat harga.

Penurunan yang dilanjutkan bakal menguji beberapa paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.12000 dan 1.11000 sebelum zon 1.09000 akan menjadi sasaran penurunan lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat