GBP/USD Lonjak 400 Pips, Trend Harga Bertukar ‘Bullish’?

167

Semakin rancak perkembangan ekonomi di UK dengan tindakan-tindakan bank pusat dan kerajaan dalam usaha untuk memulihkan ekonomo sehingga membuatkan pelabur teruja.

Setelah pasaran menyaksikan kejatuhan mendadak Pound pada pembukaan dagangan awal minggu mencatat rekod nilai terendah sepanjang masa (all-time-low), bank pusat dilaporkan campur tangan dalam pasaran semalam dengan tujuan untuk menstabilkan situasi ekonomi.

Bank of England (BOE) mengumumkan pembelian bon dengan tempoh matang 20 tahun untuk memberi kesan yang positif kepada ekonomi UK.

Reaksi awal menunjukkan Pound kembali melonjak semula, namun penganalisis memberi amaran kesan kenaikan nilai Pound mungkin bersifat sementara dan masih berpotensi untuk alami penyusutan lebih parah selepas ini.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat memaparkan lonjakan sehingga 400 pips semalam, dengan kenaikan dari paras 1.05400 sehingga mencapai paras ketinggian 1.09000 di penghujung sesi New York.

Terdapat isyarat awal untuk perubahan arah harga selepas lonjakan telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut yang menjadi penghalang harga sejak minggu lalu.

Bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini (Khamis), harga menunjukkan penurunan namun masih berlegar di atas paras sokongan MA50.

Sekiranya harga menyambung corak kenaikan semalam, berkemungkinan harga boleh menuju sehingga ke paras 1.11000 yang bakal menjadi rintangan terbaru buat harga.

Seterusnya, untuk teruskan pergerakan trend bullish, harga boleh mencapai semula ke paras-paras tumpuan terdahulu seperti 1.12000 dan 1.13000.

Namun jika pengukuhan Pound gagal dikekalkan, harga boleh jatuh susut semula untuk terus bergerak dalam trend bearish sebelum ini.

Penurunan di bawah paras sokongan MA50 bakal menjangkakan harga untuk menuju semula ke zon 1.04000 yang menjadi zon terendah sepanjang masa yang pernah direkodkan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat