GBP/USD Lonjak Semula 200 Pips, Apa Sudah Jadi?

229

Selepas laporan data pekerjaan UK menjadi tumpuan pada Selasa lalu, data pertumbuhan ekonomi UK pada Rabu semalam pula diberi perhatian oleh pelabur untuk menilai pergerakan semasa pada mata wang Pound.

Walaupun bacaan pertumbuhan bulanan ekonomi UK mencatatkan penguncupan, namun Pound dilihat berjaya bergerak positif sepanjang dagangan Rabu semalam.

Ini adalah didorong oleh faktor jangkaan oleh ketua ekonomi bank pusat Eropah, Huw Pill yang berpendapatan bakal berlaku kenaikan kadar faedah yang lebih besar pada bulan hadapan ekoran pelaksanaan langkah pembelian bon oleh Bank of England (BOE) yang boleh menjejaskan objektif penurunan kadar inflasi.

Justeru pelabur menyaksikan peningkatan nilai Pound dalam pasaran berbanding US dolar yang sedang didagangkan berwaspada menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan hari ini.

Pada carta harga pasangan GBP/USD, harga telah memaparkan kenaikan harian sekitar 200 pips semalam untuk mencapai semula ke zon rintangan pada 1.11000.

Kenaikan harga yang turut melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut turut mencetus jangkaan awal untuk perubahan trend bullish bakal berlaku.

Namun kenaikan harga perlu diteruskan mengatasi ketinggian dicapai pada lonjakan Selasa lalu untuk isyarat yang lebih jelas.

Kenaikan harga bakal menguji rintangan pada 1.12000 sebelum meneruskan pendakian selanjutnya pada sasaran 1.13000.

Namun jika harga gagal melepasi rintangan 1.11000, lantunan semula harga ke bawah boleh berlaku dengan jangkaan harga bakal menyusur semula ke zon RBS (resistance become support) 1.09000.

Penurunan lanjut harga sekiranya US dolar kekalkan pengukuhan bakal melepasi zon 1.09000 dengan sasaran seterusnya mencecah sekitar 1.07700.

Zon support pada 1.04000 kekal menjadi rekod terendah harga sepanjang masa, dan mungkin bakal menjadi tumpuan harga seterusnya jika trend bearish harga berterusan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat