Pergerakan harga pada carta GBP/USD tampaknya mencanak semula dengan mencatat kenaikan harian sekitar 100 pips di sesi New York (Khamis) untuk menguji zon SBR (support become resistance) 1.38000.
Trend lonjakan itu dilihat tidak berdaya untuk terbang lebih tinggi sehingga menembusi zon SBR apabila harga kembali mempersembahkan aksi penurunan pada penghujung sesi dan kekal berlegar di zon tersebut.
Namun peningkatan harga yang dipamerkan juga telah pun melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bagi menyaksikan harga memberi isyarat awal untuk perubahan trend.
Matawang Pound nampaknya kembali memapar penguasaan meskipun masih lagi menerima tekanan oleh ketidaktentuan Brexit yang ketika ini semakin hangat apabila terdapat beberapa isu yang berlaku.
Yakni berlaku krisis di perairan yang dikatakan bahawa Perancis telah menahan dan keluarkan saman kepada bot UK serta susulan itu, ia terus membuatkan kegelisahan terhadap Brexit tercetus semula.
Walau bagaimanapun, Pound tetap unggul selepas matawang USD kembali diheret lemah angkara penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar Amerika Syarikat (AS) suku ketiga yang merosot lebih rendah daripada jangkaan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-euro-kukuh-lawan-usd
Sekiranya harga kekal berupaya untuk meneruskan rentak lonjakan yang lebih gah melepasi zon SBR 1.38000, harga dijangka berpotensi untuk kembali uji paras tertinggi yang masih gagal ditembusi pada 1.38300.
Zon rintangan 1.39000 masih kekal menjadi zon tumpuan untuk digapai andai kata pergerakan harga pada carta GBP/USD berjaya menokok dengan agresif bagi mencatat paras tertinggi terbaharu 5 minggu.
Namun jika USD kembali memaparkan pengukuhan pada penghujung dagangan minggu ini, pelabur mungkin bakal melihat harga menjunam semula harga dan menguji zon RBS (resistance become support) 1.37000.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG