GBP/USD Masih Bergelut Untuk Tembusi Tembok 1.3700

465

Sesi Eropah pada dagangan Rabu semalam menyaksikan Pound Sterling terus mengukuh selepas disokong oleh penerbitan data inflasi UK yang mencatatkan angka bacaan lebih tinggi berbanding jangkaan.

Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD sekali lagi menguji zon resistance 1.37000 namun harga kembali dilihat susut semula ketika dagangan sesi New York.

Penurunan harga adalah berikutan US dolar yang bergerak lebih kukuh pada sesi New York ketika tumpuan pasaran terarah pada pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-46 menggantikan Donald Trump.

Namun selepas harga turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam, harga kembali menyambung kenaikan semula sehingga ke dagangan sesi Asia pagi ini.

Kenaikan harga dilihat masih diteruskan di sesi Asia menuju semula ke zon resistance 1.37000.

Harga yang berjaya melonjak melepasi resistance tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru dagangan sejak April 2018.

Namun jika zon resistance 1.37000 kekal kebal untuk ditembusi, harga dijangka menjunam semula sehingga ke zon harga sekitar 1.36000.

Seterusnya penurunan lebih rendah akan menyusul rendah sehingga ke zon RBS (resistance become support) 1.35300 dan juga paras penting 1.35000.

Bacaan data sektor ekonomi UK pada Jumaat pula akan dipantau pelabur untuk penutupan dagangan minggu ini buat Pound Sterling.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat