GBP/USD Masih Bullish? Zon $1.3400 Dijangka Terus Sokong Pengukuhan Harga

354

Memantau kepada carta pergerakan harga GBP/USD, tampaknya zon SBR (support become resistance) 1.35000 kekal membantaskan lonjakan untuk dorong harga membuat semula terjunan hampir 100 pips.

Namun penurunan yang kembali menguji zon sokongan 1.34000 dilihat seakan sedang mencerminkan percubaan untuk ‘rebounce’ sebelum kembali menterjemah corak kenaikan harga yang lebih jelas.

Pergerakan harga ketika ini nampaknya bergerak perlahan di atas zon sokongan tersebut pada sesi Asia hari ini (Isnin) yang sedang menantikan pembukaan sesi Eropah bagi memberi isyarat arah berikutnya.

Membantaskan lagi lonjakan harga pada carta GBP/USD adalah disebabkan kejutan yang diberi oleh matawang USD pada penutup dagangan minggu lalu susulan telah disokong oleh beberapa sentimen.

Yakni sentimen pasaran yang berisiko kembali mengundang selepas beberapa buah negara telah alami peningkatan kes wabak Covid-19 dan sekali gus terus memberi kelebihan kepada matawang safe-haven termasuk US dolar.

Menjadi tumpuan hangat pada minggu ini dilihat akan lebih terarah kepada terbitan data-data sektor ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) termasuk minit mesyuarat FOMC, manakala kegusaran mengenai Brexit akan terus mempengaruhi pergerakan matawang Pound.

Jangkaan seterusnya berkebarangkalian akan menyaksikan pergerakan harga mengorak langkah untuk menuju ke zon SBR 1.35000 setelah rintangan tersebut sering mengekang kenaikan meskipun sering diuji harga berkali-kali.

Sebuah petunjuk yang lebih jelas bakal kelihatan andai kata harga berupaya untuk menembusi zon SBR berkenaan bagi menjangkakan kemungkinan besar untuk harga terus mendaki ke zon SBR 1.36000 pula pada trend bullish.

Manakala keupayaan untuk memapar penurunan akan dilihat sekiranya harga memberi reaksi untuk cuba melepasi zon sokongan 1.34000 dan dijangka bakal mendorong harga uji paras lebih rendah lagi.

Yang mana paras terendah terbaharu 2021 serta sejak Disember 2020 sekitar 1.35530 berkemungkinan akan menjadi hala tuju selanjutnya untuk dicecah.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat