GBP/USD Masih Dalam Trend ‘Bearish’? Ini Pelabur Perlu Tahu

320

US dolar terus menggila selepas terbitan data Indeks harga pengguna (CPI) membuatkan mata wang utama yang lain tersungkur termasuk Pound.

Kadar inflasi tahunan Amerika Syarikat (AS) terus meningkat kepada 9.1% pada Jun 2022 di mana peningkatan tersebut adalah yang tertinggi terbaru sejak November 1981. Kenaikan tersebut dilihat jauh lebih teruk daripada jangkaan untuk meningkat kepada 8.8%.

Selain daripada itu, bacaan CPI bulanan juga dilihat meningkat kepada 1.3% melebihi daripada jangkaan 1.1%.

Presiden Federal Reserve (Fed) San Francisco, Mary Daly menyokong kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada bulan Julai namun kenaikan kepada 100 mata asas juga berkemungkinan bakal berlaku, tambah pula Presiden Fed Richmond, Thomas Barkin turut menyokong kenaikan kadar yang lebih tinggi pada bulan Julai.

Pelabur juga tidak menolak kemungkinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan membuat kenaikan sebanyak 75 mata asas atau mengikut jejak langkah Bank Of Canada (BOC) telah membuat kenaikkan kadar sehingga 100 mata asas pada mesyuarat polisinya semalam.

Sementara bagi mata wang Pound, pelabur meneliti terbitan data keluaran dalam negara kasar (GDP) bagi ekonomi United Kingdom (UK) yang mencatat bacaan meningkat kepada 0.5% pada bulan Mei, jauh lebih baik daripada sebelumnya yang menguncup -0.2%.

Selain daripada itu, data pengeluaran perindustrian pada bulan Mei juga meningkat sebanyak 1.4%, manakala pengeluaran pembuatan meningkat sebanyak 2.3% mengatasi jangkaan.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat kembali menyusut selepas melonjak pada sesi New York semalam dengan kenaikan harian sekitar 140 pips telah dicatatkan.

Pada mulanya harga menjunam dahulu sebelum melonjak ekoran reaksi tidak menentu pelabur ketika terbitan data inflasi AS.

Bersambung pada sesi dagangan Asia pagi ini dilihat harga menyambung penurunan semula setelah menguji paras rintangan pada 1.19400, dimana harga yang susut di bawah paras 1.1800 telah bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta GBP/USD untuk isyarat bearish.

Sekiranya harga meneruskan penyusutan, paras terendah terbaru 2 tahun bakal dicatatkan lagi dengan sasaran untuk melepasi zon support 1.18000.

Harga yang berjaya menembusi zon tersebut dijangka bakal meneruskan penurunan ke paras sekitar 1.16000.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, melepasi paras 1.18800 akan mendorong harga untuk menuju semula ke zon 1.19400 bagi menguji sekali lagi rintangan tersebut.

Dan seterusnya, untuk pergerakan bagi perubahan trend bullish, harga bakal meningkat lebih tinggi ke paras tumpuan 1.2000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat