GBP/USD Masih Gagal Teruskan Penurunan Lebih Rendah Dari Paras 1.30000

344

Matawang Pound Sterling meneruskan dagangan pada minggu ini dengan pergerakan perlahan walaupun rang undang-undang perjanjian Brexit telah diluluskan Parlimen UK pada Jumaat lalu.

Dengan kelulusan rang undang-undang tersebut turut bermaksud larangan terhadap sebarang lanjutan tempoh peralihan Brexit yang dijadualkan berakhir 31 Disember 2020 akan berkuatkuasa.

Ini telah menjadi faktor yang mencetus kebimbangan pasaran terhadap risiko no-deal Brexit berikutan tempoh yang dilihat amat singkat untuk sesebuah perjanjian perdagangan dicapai.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga telah merekodkan penurunan mingguan terbesar untuk tempoh 3 tahun dengan penurunan melebih 500 pips dari paras ketinggian yang dicapai susulan kemenangan parti konservatif dalam pilihan raya UK.

Namun begitu, harga dilihat menghadapai kesukaran untuk melanjutkan penurunan lebih rendah dari paras tumpuan 1.30000 yang akan menjadi titik penentu pergerakan lebih jelas harga.

Dagangan GBP/USD pada sesi Asia hari ini juga kekal perlahan sehingga memasuki sesi pasaran Eropah.

Harga masih bergerak di bawah paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat harga masih belum menunjukkan tanda-tanda kenaikan harga.

Perkembangan isu perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China turut dinantikan pelabur. Sebarang laporan terbaru akan mempengaruhi pergerakan US dolar.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, zon SBR (support become resistance) pada 1.31100 akan menjadi paras terdekat yang akan diuji harga. Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju ke zon SBR 1.33000.

Namun jika penurunan harga jelas berlaku, harga yang melepasi paras 1.30000 yang juga berada pada zon RBS (resistance become support) berpotensi turun sehingga mencecah 150 pips lebih rendah menuju zon-zon support harga pada dagangan November lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat