GBP/USD Masih Mencari Arah, Pergerakan Harga Penghujung Minggu Lebih Berisiko

164

Pasaran mata wang di penghujung minggu masih lagi tidak berjaya mempamerkan pergerakan yang jelas dengan sentimen pasaran masih bercampur dengan kebimbangan masih terarah kepada risiko kemelesetan ekonomi.

Bacaan data yang diterbitkan pada sesi New York semalam telah menunjukkan sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) merosot ke paras terendah dua tahun, sementara data sektor perkhidmatan AS pula adalah yang terendah bagi lima bulan untuk bulan Jun.

Sebelum itu, pada sesi Eropah diterbitkan data sektor perbuatan dan perkhidmatan United Kingdom (UK) dengan bacaan yang tidak banyak perubahan seperti bulan sebelumnya, namun tetap memberi tekanan kepada pergerakan mata wang Pound.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga dilihat sekali lagi membuat penurunan menguji zon sokongan pada 1.22000 namun kembali melantun semula menuju ke paras rintangan 1.23000.

Dagangan yang bersambung pada sesi New York pula melihatkan harga tidak berjaya menembusi rintangan 1.23000 tersebut lalu menyusut semula dan bergerak perlahan sehingga ke penghujung sesi menunjukkan harga masih ‘terperangkap’ dalam zon sideway tersebut.

Pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga yang berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam boleh menjadi isyarat awal untuk harga meneruskan kenaikan semula sebelum penutup dagangan minggu ini.

Sekiranya kenaikan harga berjaya dibuat, zon rintangan pada 1.23000 dilihat bakal diuji semula untuk ditembusi dan kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju pula ke paras ketinggain 1.24000 untuk menguji zon rintangan tersebut yang turut menjadi tumpuan minggu lalu.

Kenaikan harga yang kekal diteruskan untuk pergerakan bullish selanjutnya, zon 1.25000 pula akan menjadi sasaran seterusnya yang bakal diuji untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.

Sebaliknya jika harga kembali menyusut semula, zon sokongan harga pada 1.22000 bakal diuji sekali lagi seperti penurunan yang berlaku semalam yang masih lagi berjaya menahan harga dari jatuh.

Sekiranya penurunan harga berjaya diteruskan menembusi zon 1.22000 tersebut, harga dijangka bakal menuju ke sekitar 1.21000 atau boleh mencecah semula ke zon support 1.2000 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 1 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat