GBP/USD Masih Terperangkap Dalam Zon 100 Pips Harga

495

Sehingga ke penghujung minggu, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat kekal bergerak dalam zon 100 pips harga dengan rintangan pada paras 1.39000 sementara paras support pada 1.38000.

Kedua-dua mata wang US dolar dan Pound Sterling gagal untuk mendominasi antara satu sama lain berikutan masing-masing berdepan tekanan yang berbeza.

US dolar dilihat sedikit pulih pada penghujung minggu setelah terkesan oleh kenyataan dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang memberi isyarat untuk mengekalkan dasar yang longgar lebih lama sekaligus akan memberi kesan penyusutan US dolar dalam pasaran.

Sementara, Pound pula menantikan pembukaan semula ekonomi UK pada minggu hadapan walaupun masih berdepan risiko penularan Covid-19.

Pada carta harga GBP/USD semalam, harga sekali lagi membuat kenaikan pada sesi Eropah ke paras rintangan 1.39000 sebelum menjunam semula ke paras support 1.38000 di sesi New York.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam boleh menjadi petunjuk awal untuk penurunan lebih rendah harga.

Sekiranya harga turun di bawah paras 1.38000, penurunan lebih rendah akan dijangkakan ke paras sokongan minggu lalu sekitar 1.37400 sebelum menuju ke zon support utama pada 1.37000.

Zon 1.37000 masih kekal menjadi zon penting yang menyokong lonjakan semula harga seperti penurunan harga yang berlaku pada Mac dan April lalu.

Untuk situasi kenaikan harga pula, zon rintangan 1.39000-1.39200 masih perlu ditembusi sebelum harga memberikan isyarat lebih jelas untuk trend bullish.

Kenaikan seterusnya dilihat akan kembali menuju ke paras rintangan tumpuan pada 1.4000 yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat