GBP/USD Melonjak 140 Pips, Kenaikan Akan Diteruskan Lagi?

1,229

Peningkatan kes jangkitan harian Covid-19 sekali lagi melonjak 40,000 dan telah membimbangkan pakar epidemiologi, Anthone Fauci yang memberi amaran angka kes boleh mencecah 100,000 sehari.

Beliau menyatakan situasi ini adalah tidak terkawal yang akan mendorong penutupan semula ekonomi. Kes di Texas kini dilaporkan hampir mencecah 7,000 dengan kematian yang meningkat dan memberi tekanan terhadap pusat-pusat kesihatan dan hospital.

Sentimen berisiko dijangka akan terus menyokong pengukuhan US dolar dalam pasaran sebagai matawang safe-haven.

Namun, US dolar pada dagangan Selasa pamerkan penyusutan dan bergerak lemah berbanding matawang utama pada sesi pasaran New York.

Sementara Pound Sterling kekal bergerak lemah berikutan kebimbangan terhadap rundingan Brexit antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU).

Bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi UK untuk suku pertama 2020 mengecewakan. Tumpuan pada sesi Eropah hari ini adalah terhadap bacaan PMI pembuatan UK yang terbaru.

Pada dagangan carta pasangan matawang GBP/USD semalam, harga telah pamerkan lonjakan sekitar 140 pips selepas gagal tembusi zon support 1.22500 setelah diuji 2 hari berturut-turut.

Kenaikan tersebut juga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD dan menguji zon SBR (support become resistance) di bawah paras 1.24000.

Pergerakan harga pada Rabu perlahan sepanjang sesi Asia dengan paras terendah dilihat sekadar menguji 1.23600.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi paras ketinggian 1.23400, harga bakal menuju ke paras tumpuan 1.25000 yang merupakan zon SBR seterusnya.

Kenaikan seterusnya pula berkemungkinan akan kembali menguji zon SBR lebih tinggi sekitar 1.26500.

Namun jika harga bergerak lebih rendah sehingga melepasi sokongan dinamik MA50, zon support pada 1.22500 akan kembali diuji.

Harga yang berjaya turun lebih rendah dari zon tersebut akan terus mencatatkan paras terendah terbaru dan berpotensi mencecah penurunan sehingga ke paras 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat