GBP/USD Mendatar Tenang Menantikan Gelora Di Sesi New York

149

Laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam dilihat memberi tekanan terhadap dagangan mata wang Pound ekoran bacaan yang diterbitkan memberi amaran terhadap sektor buruh.

Perubahan angka yang agak ketara pada tuntutan faedah pengangguran di UK untuk Mei dengan catatan 50,400 adalah jauh mengatasi ramalan pada 10,200.

Ini mencetuskan kebimbangan selain kadar pengangguran pada April juga turut meningkat kepada 4.4% berbanding 4.3% sebelum ini.

Namun, pergerakan Pound berbanding US dolar dilihat setara ketika pasaran masih berwaspada menantikan petunjuk penting di sesi New York hari ini.

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) akan membawa gelora di awal sesi sebelum tumpuan diberikan kepada keputusan mesyuarat FOMC yang akan menyusul kemudiannya.

Namun sebelum itu, laporan data pertumbuhan ekonomi UK akan diperhatikan terlebih dahulu di sesi Eropah sebentar lagi yang akan mempengaruhi pergerakan Pound.

Pada carta GBP/USD, harga masih bertahan di atas paras 1.27000 setelah penurunan di awal minggu menguji zon support tersebut namun harga berjaya dilantunkan semula.

Pergerakan harga dalam julat 40 pips pada Selasa semalam selain berlegar di garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut belum memberikan isyarat jelas untuk arah harga selanjutnya.

Sekiranya harga menunjukkan kenaikan, tumpuan kembali terarah kepada zon rintangan 1.28000 yang telah diuji sepanjang minggu lalu namun belum berjaya ditembusi.

Andai zon rintangan itu dilepasi harga selepas ini, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan dan sasaran harga akan beralih pula kepada zon 1.29000.

Sebaliknya, jika harga paparkan corak penurunan semula, zon support 1.27000 akan terus diuji untuk ditembusi.

Dengan impak reaksi pada data penting hari ini, pasaran boleh menjangkakan penurunan drastik harga boleh berlaku sehingga menuju paras lebih rendah sekitar 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat