GBP/USD ‘Mengamuk’ Di Awal Minggu, Turun Naik Harga Sehingga 400 Pips!

518

Tumpuan utama pasaran di awal minggu berkisar tentang perkembangan Brexit yang telah menggegarkan pasaran memaparkan pergerakan drastik harga bagi mata wang Pound.

Tekanan terhadap rundingan Brexit semalam apabila Perdana Menteri UK Boris Johnson mengancam untuk berundur diri dari meja rundingan berikutan sekiranya Kesatuan Eropah (EU) enggan melonggarkan permintaan mereka sebelum ini.

Susulan itu, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah menjunam sekitar 200 pips bagi memulakan dagangan minggu ini.

Sesi New York kembali melihatkan Pound kembali didagangkan meningkat ekoran laporan terbaru rundingan yang sedikit melegakan pasaran.

Rundingan masih belum selesai namun bakal bersambung di Brussels pada Selasa. Perkembangan terbaru dijangka akan terus memberi kesan pergerakan volatile harga buat Pound minggu ini.

Penurunan harga pada mulanya telah mencecah paras terendah sekitar 1.32250 sebelum harga meningkat 180 pips ke paras 1.34000 semula.

Namun, dagangan di sesi Asia hari ini melihatkan harga bergerak lebih rendah semula sekitar 1.33500 dengan perkembangan lanjut Brexit dinantikan di sesi Eropah.

Penurunan harga dilihat akan menguji semula zon RBS (resistance become support) 1.33000 dan jika penurunan diteruskan, zon RBS lebih rendah pada 1.32000 akan menjadi tumpuan harga.

Penganalisis turut menjangkakan penurunan sehingga ke paras 1.30000 semula sekiranya keputusan rundingan menemui kegagalan sebelum persidangan EU pada Khamis.

Sebaliknya jika perkembangan baik, harga pada carta GBP/USD bakal melonjak melepasi 1.34000 sebelum zon resistance 1.35000 yang diuji minggu lalu bakal menjadi destinasi kenaikan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat