GBP/USD Meningkat Di Sesi Eropah, Namun Susut Semula Susulan Data Inflasi AS Diterbitkan

186

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, 3 hari berturut-turut harga disokong oleh paras support 1.3000 sejak Jumaat lalu.

Pada dagangan Selasa semalam, harga yang pada mulanya membuat penurunan awal ke support 1.3000 kemudiannya dilihat melonjak sekitar 50 pips ke paras ketinggian 1.30500 susulan reaksi laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan pada sesi Eropah.

Jika diperhatikan pada komponen-komponen data, keseluruhan bacaan adalah positif termasuk purata pendapatan dan kadar pengangguran memberi gambaran yang baik untuk perkembangan sektor buruh di UK.

Namun harga kembali susut semula ke support 1.3000 sehingga ke penghujung sesi New York susulan pengukuhan US dolar setelah data inflasi AS diterbitkan tepati ramalan untuk melonjak lagi.

Justeru, Pound dilihat gagal untuk mengekalkan kenaikan nilainya ditekan oleh pengukuhan US dolar yang dijangka berterusan untuk tempoh lebih panjang.

Pelabur akan turut memberi tumpuan terhadap penerbitan data inflasi UK pada awal sesi Eropah hari ini yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

Pergerakan harga pada carta GBP/USD yang masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal memberi isyarat bearish buat harga.

Sekiranya harga berjaya melanjutkan penurunan lebih rendah di bawah zon support 1.3000 pada hari ini, sasaran adalah untuk harga menuju pula ke paras sekitar 1.29000.

Penurunan ke paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 2 tahun.

Namun kenaikan boleh dijangkakan berlaku sekiranya data inflasi UK yang diterbitkan pada sesi Eropah sebentar lagi mencatatkan bacaan yang kukuh.

Untuk jangkaan kenaikan harga, rintangan awal yang bakal diuji adalah pada paras 1.31000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan kembali semula menuju zon tumpuan 1.31700-1.3200 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat