GBP/USD Menjunam 100 Pips Sejurus BOE Umum Kenaikan Kadar Faedah

322

Selepas meyuarat FOMC, tumpuan beralih pula kepada keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat England pada awal sesi New York semalam.

Bank of England (BOE) mengikuti jejak langkah Federal Reserve (Fed) untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Kadar faedah yang meningkat daripada 0.50% kepada 0.75% adalah kenaikan kedua BOE pada tahun ini.

Namun, agak mengejutkan pelabur apabila reaksi Pound yang menyusut sejurus keputusan kenaikan kadar oleh BOE yang sepatutnya mendorong peningkatan nilai mata wang.

Berbanding jangkaan undian sebulat suara untuk kenaikan kadar, sementara 8 yang lain memilih kadar dinaikkan, terdapat seorang ahli mesyuarat yang mengundi untuk kadar dikekalkan.

Sedikit dovish, Pound beri reaksi yang agak mengejutkan dengan penyusutan mendadak sebelum kembali pulih semula selepasnya.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga yang telah membuat kenaikan ke paras rintangan 1.32000 kemudiannya menjunam 100 pips ke paras 1.31000.

Disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, harga melantun semula namun terhalang di sekitar paras 1.31700 dan pergerakan harga mendatar di sekitar tersebut bersambung sehingga sesi Asia pagi ini.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan semula, melepasi zon rintangan 1.3200-1.31700 akan mendorong jangkaan lebih positif untuk trend bullish buat harga menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1.33000.

Kenaikan lebih tinggi selanjutnya dijangkakan untuk mencapai pula paras ketinggian pada 1.34000 dan menguji zon rintangan tersebut.

Manakala, untuk jangkaan penurunan harga pula, penyusutan di bawah paras 1.31000 dan paras sokongan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan lanjut harga bakal menuju semula ke paras support 1.30000 setelah harga memulakan kenaikan pada awal pembukaan awal minggu ini pada zon tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat