GBP/USD Menurun Pada Sesi Eropah, Data Inflasi UK Ke Paras Terendah 3 Tahun

364

Sesi pasaran Eropah hari ini menyaksikan penyusutan nilai dagangan Pound Sterling dalam pasaran berikutan pelabur berwaspada menjelang data inflasi tahunan UK yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang.

Bacaan data inflasi tahunan UK mencatatkan penurunan kepada 1.5% pada Oktober, lebih rendah berbanding jangkaan penurunan kepada 1.6% daripada 1.7% bacaan sebelumnya. Penurunan tersebut merekodkan paras terendah inflasi hampir tiga tahun, terendah sejak November 2016.

Indeks harga pengeluar (PPI) input dan output juga turut mengeluarkan bacaan yang lemah. Ini menambahkan lagi tekanan buat dagangan Sterling.

Sementara perkembangan isu Brexit serta pilihan raya UK terus dipantau pelabur bagi mendapatkan isyarat sentiment terbaru.

Di samping itu, dolar USD turut mendapat tekanan oleh komen Presiden Donald Trump yang mengulangi kritikan terhadap Federal Reserve yang menurunkan kadar faedah secara perlahan.

Beliau juga kembali membangkitkan ancaman pengenaan tarif tambahan terhadap China dan dengan itu bakal merisikokan kembali proses rundingan yang sebelum ini dikatakan berjalan lancar.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga telah membuat penurunan pada sesi pasaran Eropah selepas mendatar sejak awal sesi Asia bermula.

Harga yang gagal menembusi zon SBR (support become resistance) 1.28700 semalam kembali bergerak rendah namun masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).

Penurunan hari ini melihatkan harga telah turun lebih rendah dari paras MA50 menuju paras support pada 1.28100. Penurunan lebih rendah dijangka akan menguji paras support lebih rendah pada 1.27800.

Namun jika harga kembali mmembuat kenaikan melepasi semula garisan MA50, harga bakal menguji sekali lagi zon SBR 1.28700 sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat