GBP/USD Meroket Lagi! Kali Ni Selamba Pecut 240 Pips

643

Seperti yang dijangkakan, Pound Sterling terus mempamerkan pergerakan drastik harga lagi pada dagangan Rabu semalam dengan lonjakan ketara harga susulan reaksi pelabur terhadap perkembangan isu Brexit.

Sterling melonjak ke paras tertinggi 6 minggu berbanding US dolar susulan jangkaan untuk rundingan bakal dilanjutkan. Ketua Perunding Brexit UK, David Frost berkata rundingan bersama Kesatuan Eropah (EU) akan bersambung pada Khamis dengan harapan untuk keputusan yang positif.

Pengukuhan Sterling juga menunjukkan pasaran lebih menumpukan terhadap perkembangan Brexit walaupun terdapat spekulasi untuk bank pusat melaksanakan kadar faedah negatif.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga perlahan setelah mencapai paras tertinggi 6 minggu pada zon resistance di bawah paras 1.32000.

Kenaikan harian merekodkan 240 pips setelah harga bergerak membuat kenaikan di atas paras 1.30000 pada awal sesi Eropah semalam.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga perlahan dan bergerak turun dari zon resistance yang dicapai pada sesi sebelumnya.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan melepasi zon resistance 1.32000 sebelum sasaran kenaikan seterusnya adalah pada zon resistance 1.33000.

Sebaliknya, pelabur turut perlu berwaspada terhadap keputusan negatif rundingan yang bakal menyusutkan semula dagangan Pound.

Penurunan harga bakal kembali semula ke paras penting 1.30000 sebelum menuju zon support pada 1.29000.

Tumpuan pada sesi Eropah sebentar lagi turut terarah kepada ucapan Gabenor Andrew Bailey yang boleh mempengaruhi pergerakan Pound selain perkembangan Brexit.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat