GBP/USD Mula Menunjukkan Penurunan Pada Dagangan Sesi Eropah

325

Setelah mencatatkan kenaikan ketara pada dagangan awal minggu, Pound Sterling mula menunjukkan penyusutan pada sesi Eropah hari ini.

Penyusutan dagangan matawang British tersebut dipercayai dipengaruhi oleh hasil tinjauan undian pilihan raya UK dalam laporan terbaru.

Data menunjukkan perbezaan peratusan undian semakin hampir dengan undian masih didahului oleh Parti Konservatif pada 43% manakala Parti Buruh dengan 32% semakin merapatkan jurang undian.

Laporan tinjauan tersebut mengundang kebimbangan pelabur menjelang pilihan raya yang semakin hampir.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga mula menunjukkan penurunan pada sesi Eropah selepas pergerakan mendatar harga sejak awal sesi Asia bermula.

Penurunan harga sekitar 30 pips tersebut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) sekitar paras 1.28700 yang berada pada zon tumpuan harga.

Penurunan lebih rendah dari garisan MA50 bakal menekan harga menuju paras 1.28200 yang merupakan zon RBS (resistance become support) pada carta GBP/USD.

Paras support lebih rendah pada 1.27700 bakal menjadi destinasi penurunan harga yang seterusnya.

Namun jika harga kembali melonjak semula, kenaikan harga dijangka akan menuju zon resistance yang diuji harga minggu lalu pada paras ketinggian 1.29700.

Kenaikan melepasi paras ketinggian tersebut akan menguji pula resistance pada paras tumpuan 1.30000.

Terus ikuti perkembangan semasa Brexit dan kenyataan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson bagi memantau pergerakan matawang Pound Sterling dalam pasaran.

Pantau juga data keyakinan penggunan Amerika Syarikat yang akan diterbitkan malam ini yang turut akan mempengaruhi pergerakan harga pada carta GBP/USD sesi New York nanti.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat