GBP/USD Pamer Kenaikan Harga Selepas Mesyuarat BOE

572

Menjadi tumpuan pada dagangan Khamis semalam adalah mesyuarat polisi bank pusat England yang mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

Jangkaan untuk Pound terus bergerak susut meleset apabila mata wang Britain itu dilihat mendapat sokongan untuk sedikit mengukuh. Apa yang diperkatakan oleh bank pusat?

Bank of England (BOE) mengekalkan kadar faedah tidak berubah, begitu juga dasar monetari yang sedia ada. Namun, petunjuk terbaru oleh komen hawkish bank pusat membuatkan Pound didagangkan meningkat semula.

Penggubal polisi menjangkakan kadar faedah bakal meningkat kepada 0.4% pada suku terakhir tahun ini selain memberi isyarat bahawa langkah pengetatan polisi yang sederhana mungkin diperlukan untuk beberapa tahun akan datang.

Walaupun isyarat pengetatan polisi itu masih lemah, namun pelabur memberi reaksi positif terhadap petunjuk tersebut.

Harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya meningkat semula bergerak di atas paras 1.39000 menuju ke paras rintangan minggu ini sekitar 1.39500.

Kembali bergerak perlahan sehingga bersambung ke sesi Asia hari ini (Jumaat), harga meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Pergerakan harga hari ini bakal dipacu oleh laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi.

Sekiranya harga melonjak lebih tinggi, zon rintangan pada 1.40000 akan dituju selepas kenaikan harga pada minggu lalu gagal menyentuh paras tersebut.

Sebaliknya jika harga menjunam di bawah paras 1.39000, penurunan harga dilihat akan kembali semula ke paras 1.38000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah akan menuju ke paras-paras tumpuan sebelum ini pada zon harga 1.37000 dan support 1.36000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat