GBP/USD Pamer Pergerakan Mendatar, Paras $1.2300 Masih Jadi Halangan

101

Pound Sterling didagangkan positif pada pembukaan sesi pasaran Eropah semalam dengan tumpuan terarah pada terbitan data pertumbuhan ekonomi UK untuk bulan Oktober.

Bacaan angka menunjukkan peningkatan kepada 0.5% pada Oktober, setelah menyusuli penguncupan 0.6% pada September lalu ketika kadar pengeluaran yang lemah dalam suasana pengebumian Ratu Elizabeth.

Pengeluaran pembinaan di UK meningkat 7.4% untuk bacaan tahunan di bulan Oktober, menunjukkan lonjakan terbesar sejak Januari (5.7% pada September).

Namun, Pound gagal mengekalkan pengukuhan pada sesi New York apabila US dolar kembali didagangkan sedikit kukuh semula berbeza berbanding pergerakan lemah yang dipaparkannya pada sesi Eropah.

Justeru, carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Isnin semalam menyaksikan kenaikan harga dari paras berhampiran 1.22000 mencapai ketinggian 1.23000 sebelum berundur semula.

Paras 1.23000 kekal menjadi rintangan buat pergerakan semasa harga dan menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga dilihat meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam carta GBP/USD.

Pergerakan harga masih dijangka tidak menentu hari ini ketika pelabur berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC dan juga Bank of England (BOE) pada Khamis. Kedua-duanya dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan menembusi rintangan pada 1.23000, harga berkemungkinan akan catatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah untuk harga menuju ke sekitar 1.24000.

Namun, sebaliknya jika harga gagal lepasi rintangan 1.23000 dan melantun turun semula di bawah paras sokongan MA50, harga dijangka menguji zon 1.22000 terlebih dahulu sebelum melanjutkan penurunan lebih rendah.

Seterusnya, paras sokongan harga pada 1.21000 pula akan menjadi sasaran bakal diuji setelah menunjukkan isyarat pergerakan trend bearish.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat