GBP/USD Papar Corak Penurunan Harga Yang Perlahan

366

Pound Sterling kekal berada dalam kategori bagi dagangan mata wang berisiko bersambung di awal minggu ini selepas tekanan kenyataan dovish bank pusat England pada mesyuarat dasar minggu lalu.

Menteri Kesihatan UK yang baru, Sajid Javid yang menggantikan tugas Matt Hancock, menyatakan keyakinan beliau bahawa sekatan pergerakan akan dihapuskan pada 19 Julai nanti kerana tiada sebab untuk kerajaan melanjutkannya lagi.

Walaupun berita itu memberikan elemen positif, namun perkembangan penularan Covid-19 di UK masih lagi dalam keadaan membimbangkan.

Kes jangkitan harian terbesar dilaporkan pada Isnin dalam tempoh 5 bulan di UK menandakan risiko penularan masih lagi tinggi.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga menunjukkan kenaikan pada sesi Eropah semalam. Namun kenaikan hanya mampu bertahan pada paras sekitar 1.39400 sahaja sebelum membuat penurunan semula.

Menyambung dagangan pada sesi New York semalam harga susut semula di bawah paras 1.39000 dan kembali bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend penurunan.

Penurunan bersambung pada sesi Asia pagi Selasa namun pergerakan harga dilihat perlahan.

Zon support pada 1.38000 dilihat akan menjadi tumpuan bagi penurunan harga yang bakal diteruskan pada hari ini.

Jika penurunan harga berjaya tembusi support 1.38000, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru 11 minggu dengan jangkaan menuju zon support lebih rendah pada sekitar 1.38000.

Untuk situasi kenaikan harga pula, kenaikan lebih tinggi melepasi paras semalam berkemungkinan akan menuju rintangan 1.40000 pada zon SBR (support become resistance).

Seterusnya, kenaikan yang diteruskan akan menuju pula ke zon SBR lebih tinggi pada 1.41000 untuk trend kenaikan harga yang lebih jelas.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat