GBP/USD Papar Isyarat Awal Kenaikan Harga Sebelum Mesyuarat BOE

244

US dolar dilihat bergerak lemah selepas keputusan mesyuarat FOMC yang menyaksikan Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

Lonjakan inflasi Amerika Syarikat pada bulan Mei yang meningkat kepada 8.6% telah mendesak Federal Reserve (Fed) untuk membuat kenaikan kadar faedah yang terbesar sejak 1994 itu, namun jangkaan pelabur untuk melihat pengukuhan lanjut US dolar meleset.

Penyusutan US dolar telah memberi ruang kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat semula termasuk Pound sementara pelabur kini menunggu pula keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE).

Pada sesi Eropah sebentar lagi akan menjangkakan untuk Bank of England (BOE) pula bakal mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Sekiranya kenaikan kadar faedah ini berlaku menepati ramalan pasaran, dijangkakan mata wang Pound bakal meneruskan pengukuhan berbanding US dolar yang bergerak lemah selepas keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi ini.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah membuat kenaikan semula sekitar 200 pips pada sesi dagangan semalam (Rabu) selepas penurunan 3 hari berturut-turut.

Harga dilihat telah membuat kenaikan pada sesi Asia semalam sebelum meneruskan kenaikan pada sesi Eropah bersambung sehingga ke penghujung sesi New York.

Selepas penurunan 270 pips berlaku pada Selasa dilihat harga telah membuat kenaikan semula semalam dan berjaya menembusi Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat perubahan trend bullish.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga dilihat mendatar sekitar  1.21600 selepas berjaya melepasi rintangan harga 1.2100 di sesi sebelumnya dan berkemungkinan harga bakal menguji semula zon SBR (support become resistance) 1.22800.

Sebaliknya jika penurunan harga berlaku semula, paras 1.21000 dijangka bakal menjadi tumpuan awal untuk diuji harga sebelum paras halangan MA50 pula turut diuji untuk memberi petunjuk bagi pergerakan harga selanjurnya.

Penurunan harga yang berjaya diteruskan melepasi paras tersebut seterusnya bakal menuju ke paras sasaran lebih rendah pada 1.20000 setelah perubahan trend harga lebih jelas dinilai pelabur dan berkemungkinan sekali lagi boleh mencecah paras terendah dicecah minggu ini pada 1.19400.

Keputusan mesyuarat BOE pada sesi Eropah sebentar lagi bakal menjadi pemacu pergerakan harga menuju penghujung minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat