GBP/USD Papar Isyarat Lebih Jelas Dengan Corak Harga Terkini?

401

Itu dia!

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD menepati jangkaan untuk mengekalkan penurunan setelah mempamer corak descending triangle yang bermaksud kepada corak downtrend.

Aspek itu dapat diperkukuhkan selaras dengan aksi penurunan melebihi 100 pips pada dagangan Rabu yang juga sekali gus telah mencipta paras terendah terbaharu dalam tempoh 12 bulan sekitar 1.31600.

Namun pergerakan harga pada hari ini (Khamis) dilihat perlahan tetapi jangkaan untuk terus menurun masih lagi relevan selepas harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Baru sahaja ingin menonjolkan penguasaan, matawang Pound kembali terima satu demi satu masalah dan yang terkini Perdana Menteri Boris Johnson mula mengumumkan pelaksanaan semula langkah lockdown di UK.

Secara tidak langsung ia telah memberi bebanan terhadap nilai Pound yang pada sebelum ini juga dihantui oleh keyakinan yang merudum kepada Bank of England (BOE) untuk meningkatkan kadar faedah lebih awal.

Di kesempatan itu matawang USD terus mengukuh di kala masih lagi mempunyai tulang belakang dari Federal Reserve (Fed) yang semakin jelas dalam menyatakan langkah tapering yang ingin dilaksanakan.

Yakni yang mana paras terendah 1.31600 kemungkinan akan menjadi hala tuju pertama untuk dijejaki terlebih dahulu manakala zon sokongan yang baharu 1.31000 mungkin bakal jadi sasaran berikutnya.

Tambahan pula zon sokongan tersebut juga pernah dijadikan sebagai tumpuan pelabur pada Oktober 2020 sebelum zon itu berjaya ditembusi pada awal November 2020 sehingga melonjak dengan agresif.

Andai kata harga tidak berupaya dalam meneruskan aksi penurunan, trendline resistance dijangka akan dinilai oleh pelabur untuk kenaikan harga yang dibuat sebelum menyasarkan jangkaan menuju zon SBR 1.33000.

Menuju ke zon SBR berkenaan secara tidak langsung akan membuatkan pelabur melihat isyarat awal untuk harga mendaki ke zon SBR 1.34000 dalam menunjukkan petunjuk kepada perubahan trend bullish yang lebih ketara.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat