GBP/USD Sambung Gelongsor Lagi 100 Pips Di Awal Minggu

153

US dolar berjaya menundukkan mata wang Pound pada sesi dagangan awal minggu ini selepas berjaya mengekalkan momentum pengukuhan yang dimulakan pada penghujung minggu lalu.

Peningkatan US dolar telah disokong oleh faktor perubahan sentime pasaran yang kembali dinilai berisiko (risk-off) ekoran pelabur meneliti terbitan data ekonomi China pada awal minggu semalam dengan bacaan angka yang lebih merosot berbanding ramalan.

Oleh itu, pasaran memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven termasuk US dolar yang kini telah kembali mengukuh memberikan tekanan kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk Pound.

Pelabur berwaspada untuk dagangan Pound menantikan terbitan laporan data pekerjaan UK di awal sesi Eropah sebentar lagi sebelum data inflasi UK pada Rabu yang bakal diterbitkan dilihat akan menjadi pemacu bagi pergerakan mata wang Britain itu.

Perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, dilihat harga telah membuat penurunan harian sekitar 100 pips pada awal minggu semalam susulan pengukuhan berterusan oleh US dolar yang menekan harga ke paras lebih rendah.

Penurunan harga yang berjaya melepasi paras halangan harga 1.21000 telah mencecah ke paras terendah harian sekitar 1.20500 semalam sebelum melantun naik semula menguji paras 1.21000 kembali yang kini telah menjadi rintangan terbaru buat harga.

Harga kemudiannya membuat penurunan semula untuk kekal bergerak di bawah paras halangan harga Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD untuk menunjukkan trend bearish masih dikekalkan.

Pergerakan harga mendatar bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa), namun dengan corak yang dipaparkan pelabur menjangkakan penurunan bakal diteruskan menuju ke zon support 1.20000 pula di mana sebelum ini menjadi zon lantunan harga ketika diuji pada dagangan awal Ogos lalu.

Penyusutan harga yang lebih rendah dan berjaya melepasi zon tersebut seterusnya bakal dilihat ke paras-paras tumpuan berikutnya pada 1.19400 dan 1.18800.

Sekiranya harga gagal meneruskan penyusutan yang lebih rendah sebaliknya mempamerkan kenaikan semula, rintangan pada 1.21000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji sebelum memberi isyarat perubahan trend setelah kenaikan diteruskan melepasi paras halangan MA50.

Untuk kenaikan seterusnya, harga bakal mensasarkan pada paras-paras tumpuan sebelum ini seperti pada rintangan 1.22000 sebelum menuju pula ke zon ketinggian pada 1.23000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat