GBP/USD Sambung Kenaikan Setelah Melonjak 130 Pips!

502

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada penghujung minggu lalu telah memberikan aksi yang menarik dengan pergerakan ‘menggila’ harga dan menambah kejutan dalam pasaran.

Jika diperhatikan dagangan pada minggu lalu, harga beberapa kali menguji paras rintangan 1.38000 pada zon SBR (support become resistance) namun sukar untuk tembusinya.

Pada Jumaat, harga dilihat telah mula pamerkan corak penurunan semula apabila bergerak turun di bawah paras halangan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bearish.

Menuju ke paras sokongan pada 1.37000, penurunan harga mencecah ke paras 1.37150 di sesi Eropah sebelum pelabur menyaksikan lonjakan semula harga sehingga 130 pips di sesi New York.

Didorong oleh penyusutan US dolar yang berterusan sehingga penghujung minggu, Pound telah berjaya memberikan isyarat untuk menyambung corak kenaikan semula harga setelah melepasi zon 1.38000.

Pelabur akan berwaspada terhadap dagangan Pound pada minggu ini menjelang data tumpuan bank pusat yang akan diterbitkan iaitu laporan data pekerjaan serta data inflasi UK.

Menyambung dagangan di awal minggu ini, harga yang bergerak perlahan pada sesi Asia berlegar di zon RBS (resistance become support) terbaru pada 1.38300-1.38000 sebelum meneruskan kenaikan menuju pembukaan sesi Eropah.

Kenaikan harga dilihat akan menuju paras rintangan pada 1.39200 yang diuji pada beberapa minggu lalu sebelum kenaikan lebih tinggi untuk kembali semula ke paras tumpuan 1.4000.

Sekiranya harga membuat penurunan di bawah 1.38000 semula, paras sasaran harga akan kembali pada 1.37000 yang menyokong kejatuhan harga minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat