GBP/USD Sambung Pacak Lagi Di Awal Minggu!

68

Carta pergerakan harga pasangan mata wang GBP/USD pada pembukaan pasaran awal minggu ini terus menyaksikan harga menyambung kenaikan lebih tinggi di sesi Asia.

US dolar kekal didagangkan lemah susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan menurun minggu lalu menguatkan lagi jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan pengetatan pada dasar monetari mereka.

Sementara Pound mengambil peluang untuk meningkat lebih tinggi selepas data pertumbuhan ekonomi UK yang diterbitkan minggu lalu tidaklah seburuk yang dijangkakan.

Walaupun mencatatkan pertumbuhan bulanan yang rendah, namun angka adalah lebih baik berbanding ramalan untuk menguncup.

Tumpuan akan terarah pada data inflasi UK pada minggu ini yang masih dijangkakan berada pada paras yang tinggi dan akan mendorong bank pusat untuk mengetatkan dasar pada mesyuarat awal Februari nanti.

Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, harga telah membuat kenaikan dari zon 1.22000 dan menuju ke zon 1.23000 di sesi Asia pagi ini.

Ini merupakan paras tertinggi dicatatkan oleh harga untuk tempoh dagangan 5 minggu.

Zon rintangan pada ketinggian 1.24000 pula akan menjadi sasaran untuk diuji harga seterusnya jika kenaikan berjaya diteruskan.

Namun sekiranya penurunan harga berlaku, paras 1.22000 akan menjadi tumpuan semula untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta GBP/USD akan menjadi petunjuk awal perubahan trend bearish.

Penurunan harga seterusnya akan dilanjutkan menuju zon 1.21000 atau lebih rendah lagi mencecah kembali 1.2000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat